Friday, July 17, 2009 9:34:00 PM
Seorang kawan 'tag' saya buat benda ni.. Jadi saya buat lah yer..:
Sila jawab soalan-soalan ini dalam Bahasa Melayu SAHAJA.
1. Bekas kekasih saya adalah :
- sebuah kisah silam. titik.
2. Saya sedang mendengar :
- perbualan adik saya dengan emak saya.
3. Mungkin saya patut :
- masuk tidur kerana esok hendak keluar saru hari.
4. Saya suka :
- makan ayam.
5.Sahabat-sahabat baik saya:
- sayang sekali
6.Saya tak paham :
- kenapa saya buat benda ni.
7.Saya kehilangan :
- minat untuk menyambung benda ini tapi takpa , KITA TERUS MAJUUU SAMPAI AKHIR!
8.Ramai yang berkata :
- mereka hendak jumpa saya sebelum saya berangkat
9.Makna nama saya :
- Gadiz Melayu. K lah saya tak tau makna nama saya. Saya sirius.
10.Cinta itu adalah :
- rasa kasih dan sayang.
11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
- menangis.
12.Saya akan cuba :
- menetapkan niat sebelum ke Mesir dan balik menjadi ida yang lebih bermanfaat, insyAllah (:
13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
- sampai bila-bila.
14.Telefon bimbit saya :
- ialah kepunyaan Amin sebelumnya.
15.Bila saya terjaga dari tidur :
- saya hendak tidur balik.
16.Saya paling meluat apabila :
- melihat orang yang suka meludah sembarangan di jalanan.
17.Pesta/Parti adalah :
- satu majlis keramaian.
18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
- atikah syarah. HAHAHAH :P
19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
- apabila saya masih kecil dan selalu digendong bapak (: yay.
20.Hari ini :
- tidak hujan.
21.Malam ini saya akan :
- menelefon Amin sebelum tidur.
22.Esok pula saya akan :
- pergi jalan-jalan.
23.Saya betul-betul inginkan :
- sehelai hoodie dan sepasang kasut.
24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
- saya terus cuci muka. haha
25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
- adalah tempat yang seronok jika bersama orang yang seronok. haha.
26.Makanan Barat atau Jepun :
- sedap jika dimakan sekali sekala.
27.Bilik yang terang atau gelap :
- adalah sebuah bilik yang terang atau gelap. saya tak paham ayat ini :S
28.Makanan segera adalah :
- makanan yang saya tidak akan lepas pada setiap minggu. semua kerana Amin. haha
29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
- "ye eleh.. bedak jer lebeh.. urut tak pun..", pada Abu.
30.Siapa yang anda mahu Tag?
- tiaa siapa-siapa.
kata-kata akhir:
- Allah s.w.t berfirman dlm surah Insyirah : Ayat 6 :
"Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.." So jangan putus asa okay kalau awk rasa susah. InsyAllah semuanya baik (:
Ok saya rasa macam budak paling baik dlm dunia nih sekarang (((: